People said I've changed so much , Well here's the truth . I grew up and I stop letting people push me around all the time . I learned that my life can't always be happy :')

January 24, 2011

ordinary girl ;)

KERANA WANITA INGIN DIMENGERTI (': HAHA
  • Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan airmata itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .
  • Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  • Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan ) .
  • Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain .
  • Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan mudah cair ;)
  • Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
  • Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut , jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
  • Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan , cubalah tegur dia perlahan-lahan .
  • Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa . Muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka .
  • Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita .
  • Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita :)
  • Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  • Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu .
  • Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
  • Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri okay boy ;)
  • Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya .
  • Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  • Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui .
  • Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik .
  • Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati .
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya So, kalau nak memikat wanita pandai-pandai lah yaaa
  • Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.