KERANA WANITA INGIN DIMENGERTI (': HAHA
- Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan airmata itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .
- Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
- Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan ) .
- Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain .
- Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan mudah cair ;)
- Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
- Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut , jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
- Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan , cubalah tegur dia perlahan-lahan .
- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa . Muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka .
- Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
- Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita .
- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita :)
- Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
- Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu .
- Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
- Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri okay boy ;)
- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya .
- Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui .
- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik .
- Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati .
- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya So, kalau nak memikat wanita pandai-pandai lah yaaa
- Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
eh eh , like likee <3 haha , suke post nie sesangat :D
ReplyDeletehaha , ada yang betol kan . well , farah jumpa dkt mana entah . tujuan nak share jee ;D sweet
ReplyDelete